PM Sepanyol positif Covid-19

OVIEDO (Sepanyol): Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez disahkan positif Covid-19 selepas kembali dari New York.

Sanchez kembali ke Sepanyol pada Jumaat selepas berada di New York selama seminggu.

Melalui akaun Twitternya, Sanchez berkata berikutan jangkitan itu, beliau membatalkan dua program yang dijadualkan dan akan bekerja seperti biasa dengan mengambil langkah berjaga-jaga.

Semasa di New York, beliau turut berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Khamis, bertemu Bill Gates dan Melinda Gates pada Rabu.

Beliau turut menghadiri majlis makan malam dihoskan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan isterinya Jill Biden di American Museum of Natural History.

Related posts

Leave a Comment