Kestabilan politik penting selepas Covid-19

NEW YORK: Sempena kehadirannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob turut menjadi tuan rumah majlis makan malam Keluarga Malaysia.

Majlis itu melibatkan kehadiran rakyat Malaysia di Amerika Syarikat khususnya di New York dan sekitarnya.

Dalam ucapannya, Ismail Sabri berkata, kestabilan politik penting untuk Malaysia selepas ancaman Covid-19 yang menunjukkan pemulihan bagi melonjak semula ekonomi negara.

“Ketidakstabilan politik menyebabkan pelabur tidak masuk melabur. Kita ada tiga Perdana Menteri kerana politik tidak stabil. Pada peringkat awal selepas pandemik, kita stabilkan politik,” katanya.

Selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, usaha menstabilkan politik diberi keutamaan.

Katanya, rakyat juga perlu terus memberi kerjasama kepada kerajaan memulihkan negara pasca Covid-19 dengan

Ismail Sabri kemudiannya berlepas ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE), selepas mengakhiri lawatan kerja empat hari ke Amerika Syarikat di mana beliau berucap di UNGA.

Lawatan kerja Ismail Sabri ke UAE bermula dari 26 hingga 29 September.

Beliau dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan di Istana Presiden di Abu Dhabi, hari ini.

Ini pertemuan pertama kedua-dua pemimpin sejak pelantikan Sheikh Mohamed sebagai Presiden UAE yang baharu pada 14 Mei lepas.

Agenda perbincangan utama antara kedua-dua pemimpin ialah meneroka bidang kerjasama berpotensi untuk terus memperkukuh jalinan pelbagai usaha sama yang sudah lama terjalin antara Malaysia dan UAE.

Sepanjang lawatan itu, Ismail Sabri dijadual berkunjung ke Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) di mana tumpuan utama ialah potensi kolaborasi antara syarikat tersebut dan Petronas (Petroliam Nasional Bhd) dalam bidang minyak dan gas serta tenaga boleh diperbaharui.

Related posts

Leave a Comment