Misi ketengah isu penting berjaya

NEW YORK: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan misi mengetengahkan pelbagai isu penting termasuk penindasan rakyat Palestin dan situasi di Myanmar di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-77 sebagai berjaya.

Beliau berkata Malaysia sudah sekian lama konsisten dalam memperjuang nasib rakyat Palestin dan akan meneruskan sokongan kepada Palestin sehinggalah kekejaman terhadap mereka diberhentikan dan menubuhkan negara sendiri.

“Kita kecewa isu Palestin masih tidak selesai walaupun sudah ada tiga resolusi PBB,” katanya pada sidang media di akhir lawatan kerja empat hari ke New York,” katanya pada sidang media di akhir lawatan kerja empat hari ke New York.

Malaysia katanya akan terus memperjuang isu penting di pelbagai forum antarabangsa terutama yang berkaitan penindasan rakyat Palestin, situasi di Myanmar, ekonomi negara membangun dan reformasi PBB.

Jumaat lepas, ketika menyampaikan Kenyataan Negara di UNGA, Perdana Menteri menyentuh isu Palestin, konflik di Ukraine, kemelut di Myanmar termasuk berkaitan kira-kira 200,000 pelarian etnik Rohingya serta perlunya reformasi PBB termasuk menghapuskan kuasa veto.

Menurut Ismail Sabri, kebanyakan negara bertindak begitu cepat dalam kes di Ukraine dan Malaysia mahu tindakan yang sama diambil bagi menyelesaikan isu di Palestin.

“Israel perlu berhenti menjadi sebuah entiti Apartheid!” kata Ismail Sabri yang  meneruskan lawatan kerja ke Emiriyah Arab Bersatu mulai hari ini

Komuniti antarabangsa juga perlu segera bertindak menyelesaikan krisis politik di Myanmar yang memburukkan lagi keadaan berjuta-juta pelarian tetapi PBB seolah-olah ‘lepas tangan’ dan menyerahkan kepada ASEAN untuk menyelesaikannya.

Pada perhimpunan tahunan yang dihadiri lebih 150 negara, Ismail Sabri berkata, gesaan supaya reformasi badan dunia itu dilakukan segera terutama menghapuskan kuasa veto mendapat maklum balas positif beberapa pemimpin termasuk Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

“Sepatutnya prinsip satu negara satu undi diberi keutamaan tetapi apa yang berlaku ialah suara 193 negara anggota PBB tidak penting kerana lima negara yang mempunyai kuasa veto boleh membatalkan apa sahaja resolusi yang dibawa,” katanya.

Mengenai cadangan beliau supaya PBB mewujudkan Mekanisme Kerjasama Monetari Antarabangsa bagi menangani pelbagai isu ekonomi antaranya cengkaman inflasi yang melanda dunia, Perdana Menteri berkata walaupun bank pusat berhak menaikkan kadar faedah, kesan terhadap negara lain juga perlu diberi perhatian.

“Misalnya, apabila Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah, ia memberi kesan bukan sahaja kepada Malaysia tetapi juga negara lain. Apa yang kita mahu ialah koordinasi atau pertimbangan sebelum langkah seperti ini diambil,” katanya.

Related posts

Leave a Comment