Planet Marikh juga tercemar

WASHINGTON: Pencemaran bukan sahaja berlaku di bumi tetapi juga di planet Marikh apabila satu laporan media menyebut manusia meninggalkan lebih 7,000 (kg) peralatan angkasa yang digunakan sejak 50 tahun lalu.

Menurut Cagri Kilic, Felo penyelidik pasca kedoktoran bidang robotik di Universiti Virginia, Amerika Syarikat, tanpa mengambil kira berat daripada kenderaan sedang beroperasi ketika ini, sebanyak 7,118kg serpihan didapati bersepah di planet Marikh.

Antara serpihan itu termasuk perkakasan yang dibuang, kapal angkasa tidak aktif atau yang terhempas di permukaan planet termasuk pengorbit Marikh 2 Kesatuan Soviet yang terhempas ketika melakukan pendaratan pada 1971.

Saintis bimbang serpihan itu boleh mencemarkan sampel yang dikumpulkan kenderaan robotik, Perseverance yang sedang dalam misi mencari bukti kehidupan lampau di planet Marikh.

Kebanyakan serpihan itu tidak dapat dielakkan memandangkan banyak bahagian perlu dibuang untuk melindungi kenderaan angkasa ketika ia meluncur melalui atmosfera planet merah.

Related posts

Leave a Comment