1,608 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 26 Sept. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 dalam negara mencatat sedikit penurunan kepada 1,608 kes semalam (Ahad) berbanding 1,924 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, dua adalah kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,793,638 termasuk 38,186 kes import.

Turut dilaporkan dua kes kematian semalam di mana tiada kes berlaku di luar fasiliti kesihatan atau brought in dead (BID) yang membawa kepada jumlah keseluruhan 36,350 orang meninggal dunia termasuk 7,731 kes BID.

Sementara itu jumlah kes aktif Covid-19 dalam negara kini 24,532 termasuk 746 kes baharu dengan 23,336 pesakit atau 95.1 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiga kes di PKRC.

Sebanyak 1,142 kes dirawat di hospital di mana 51 orang sedang mendapatkan rawatan di ICU di mana 29 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Malaysia juga mencatatkan 2,352 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,770,940 pesakit pulih daripada jangkitan.

Related posts

Leave a Comment