2,070 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 24 Sept. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 dalam negara pada Jumaat turun kepada 2,070 kes, berbanding 2,245 yang dicatatkan pada hari sebelumnya.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, sebanyak tiga kes import direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 4,790,106 kes tempatan dan 38,184 kes import.

Bagi tempoh yang sama, empat kes kematian dicatat semalam, satu daripadanya berlaku di luar fasiliti kesihatan atau brought in dead (BID) yang membawa kepada jumlah keseluruhan 44,075 orang meninggal dunia termasuk 7,730 kes BID

Sementara itu, jumlah kes aktif Covid-19 dalam negara kini 25,717 dan 95.4 peratus atau 24,528 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, satu kes di PKRC, 1,134 di hospital dengan 54 dirawat di ICU termasuk 33 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 2,009 kes sembuh.menjadikan jumlah keseluruhan 4,766,228

Related posts

Leave a Comment