Kes pertama cacar monyet di Ukraine

KYIV, UKRAINE: Ukraine merekodkan kes pertama cacar monyet semalam, demikian menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

Jangkitan itu disahkan menerusi ujian PCR dan pesakit yang mengalami simptom demam serta ruam kini dirawat di hospital.

Siasatan sedang dijalankan dan keputusan awal menunjukkan pesakit mula sakit ketika berada di salah satu bandar besar negara itu.

Lebih 50,000 kes direkodkan di 125 negara dalam wabak global dengan 98 peratus daripadanya berlaku di Eropah dan di Amerika Utara

Penyakit ini menyebabkan luka yang menyakitkan dan parut, terutamanya pada muka, dubur dan alat kelamin.

Ia biasanya sembuh dalam masa dua hingga tiga minggu, tetapi dalam kes yang jarang berlaku boleh membawa kepada komplikasi yang teruk.

Related posts

Leave a Comment