Pas tidak layak bercakap bagi pihak

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, mengingatkan Pas supaya tidak bercakap ‘bagi pihak’ UMNO atau pemimpinnya.

Katanya, hanya pemimpin UMNO boleh bercakap mengenai parti itu sendiri malahan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang juga bukan mereka yang arif untuk bercakap mengenai hal UMNO.

Beliau juga menegaskan sebarang usaha untuk cuba memecahkan UMNO dengan dakwaan kononnya Presiden keseorangan dan tidak mewakili parti, akan gagal.

Hakikatnya, sebarang keputusan besar akan melalui keputusan musyawarah kepemimpinan sama ada Top 5 atau Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Menurut Shahril, semenjak Perhimpunan Agung UMNO 2020,  UMNO sudah berusaha untuk meneruskan kerjasama bersama Pas.

“UMNO tak mencari musuh tapi seakan dimusuhi, termasuk oleh individu-individu tertentu dalam Pas,” katanya sambil merujuk beberapa kenyataan melalui Facebooknya semalam.

Berikut, beberapa kenyataan Pas yang dirujuk oleh Shahril :

25 Januari 2022: Tiada pawang mampu rawat UMNO kecuali kekalahan – Mokhtar Senik

27 Januari 2022: Itik kaki patah ini, bila sembuh nak berenang sendiri – Haji Hadi

28 Januari 2022: Hadi beri amaran kepada ‘kluster mahkamah’ UMNO, bantah strategi cetus PRN

5 Mac 2022: UMNO sudah lumpuh dan berpenyakit – Haji Hadi

5 Mac 2022: Haji Hadi ajak pengundi Johor hukum UMNO

11 Mei 2022: Ketua Penerangan Pas menyatakan bahawa Pas menjamin agenda penyatuan ummah akan diteruskan walaupun Presiden UMNO ‘menolak’ agenda ini.

22 Mei 2022: Individu tolak MN sebenar Nyawa Nyawa Ikan – Sanusi

11 Jun 2022: Zahid desak PRU15 awal kerana takut dipenjara – Sanusi

Julai 31 2022: Hadi dakwa penubuhan MN tertangguh kerana UMNO buat masalah.

Ogos 13 2022: UMNO boleh ‘menumpang’ kekuatan Pas di Kedah jika ia berhasrat untuk bekerjasama di negeri itu.

Related posts

Leave a Comment