Dr. Mahathir keluar IJN

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.30 pagi ini.

Pejabat Dr Mahathir dalam satu kenyataan memaklumkan, bekas Perdana Menteri itu akan meneruskan kuarantin di rumah sehingga Selasa ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemantauan buat beberapa hari seperti yang dinasihatkan oleh pasukan kesihatan, selepas disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos lalu.

Related posts

Leave a Comment