SFA tarik balik kicap Bunga Tangan Malaysia

SINGAPURA 3 Sept. – : Singapura menarik balik produk Kicap Jenama Bunga Tangan.dari Malaysia – selepas mengesan asid benzoik melebihi had seperti termaktub dalam Peraturan Makanan Singapura.

Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA), penggunaan asid benzoik tidak diisytiharkan pada label pembungkus makanan produk berkenaan.

“SFA telah mengarahkan pengimport, Heng Yoon Trading Pte Ltd, untuk menarik balik produk terbabit sebagai langkah berjaga-jaga. Langkah untuk menarik balik produk itu sedang dilakukan,” menurut SFA menerusi laman Facebooknya.

Di bawah Peraturan Makanan Singapura, hanya bahan makanan tambahan dengan had tertentu dibenarkan untuk digunakan.

SFA bagaimanapun memaklumkan penggunaan sekali sahaja produk yang terjejas itu tidak mungkin menjadi kebimbangan, terutamanya kicap bukan makanan ruji yang diambil pada kadar berlebihan.

Related posts

Leave a Comment