Musim hujan Indonesia lebih awal

JAKARTA : Musim hujan di Indonesia dijangka tiba lebih awal bagi kebanyakan kawasan di negara itu di mana kemuncaknya diramalkan berlaku antara Disember dengan Januari tahun depan.

Menurut agensi kaji cuaca BMKG semalam, di sesetengah kawasan musim hujan mungkin bermula seawal September, berbanding permulaan biasa pada bulan Oktober.

Menurut ketua BMKG, Dwikorita Karnawati, sektor pertanian mungkin boleh memanfaatkan musim hujan yang lebih awal itu dengan memulakan penanaman lebih awal, tetapi berhadapan risiko banjir.

Katanya , walaupun tanpa hujan lebat,ia telah terbukti menyebabkan banjir, banjir kilat dan tanah runtuh.

BMKG turut meramalkan kebanyakan kawasan akan mengalami hujan biasa, manakala hampir 27 peratus zon termasuk kawasan pengeluar komoditi utama seperti bahagian selatan pulau Sumatera, timur Jawa dan Kalimantan akan mengalami hujan lebih lebat daripada biasa.

Related posts

Leave a Comment