Kes harian Covid-19 naik sedikit

PUTRAJAYA 24 Ogos – Kes harian Covid-19 di negara ini semalam mencatatkan sedikit peningkatan apabila merekodkan 2,722 kes semalam berbanding 2,078 kes kelmarin.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu membabitkan 2,717 kes penularan tempatan dengan lima lagi adalah import menjadikan sehingga kini jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 4,762,552 kes.

Negara kini masih merekodkan 35,551 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covi-19 dan daripada jumlah itu, sejumlah 34,068 kes bersamaan 95.8 peratus sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, sebanyak 1,384 kes atau 3.9 peratus mendapatkan rawatan di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (31 kes), unit rawatan rapi (ICU) (68) termasuk 41 kes daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Mengenai situasi penggunaan ICU di negara ini, secara keseluruhannya kadar kegunaannya adalah 61.3 peratus dan untuk rawatan pesakit Covid-19 sahaja, adalah 18.9 peratus.

Mengenai kes kematian di negara ini semalam terdapat 11 kes termasuk tiga daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ia menjadikan sehingga kini jumlah korban akibat jangkitan itu meningkat kepada 36,166 kes termasuk 7,684 kes adalah pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Sebanyak 4,856 kes sembuh dicatatkan semalam menjadikan jumlah pesakit yang sudah pulih daripada penularan virus itu adalah 4,690,835 kes.

Sementara itu, Selangor merekodkan kes tertinggi dengan 879,diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 434, Sabah 214, Perak 165, Sarawak 161, Negeri Sembilan 142, Johor 107, Melaka 105, Kedah 103,Kelantan 102, Pulau Pinang 101.

Negeri yang mencatakan kurang daripada 100 adalah Pahang 76, Terengganu 61, Wilayah Persekutuan Putrajaya 57, Perlis 13 dan Wilayah Persekutuan Labuan 3.

Related posts

Leave a Comment