Menjelang Hari Kebangsaan Singapura

MENJELANG Hari Kebangsaan Singapura esok, pelbagai kementerian, agensi dan organisasi di seluruh pulau itu mengadakan Majlis Perayaan Hari Kebangsaan.

Tidak ketinggalan keluarga Pejabat Perdana Menteri yang turut berkumpul di pekarangan Istana pagi ini untuk upacara menaikkan bendera.

Selain menaikkan bendera sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-57, lagu Majulah Singapura turut dinyanyikan di samping melafazkan ikrar.

Turut hadir pada majlis itu Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Tema sambutan  Hari Kebangsaan  tahun ini, adalah  ‘Lebih Kukuh Bersama, Majulah’.

(Foto FB LHL)

Related posts

Leave a Comment