LONDON: Terdapat 2,859 kes cacar monyet yang telah disahkan serta kemungkinan kes di United Kingdom (UK) setakat 4 Ogos dengan hampir 99 peratus adalah dalam kalangan lelaki.
Menurut analisis Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA), cacar monyet terus tersebar terutamanya dalam kumpulan komuniti seksual gay, biseksual atau lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis.
Bagaimanapun UKHSA juga menyatakan terdapat ‘tanda-tanda awal’ wabak cacar monyet yang melanda seluruh negara kini sedang turun..
Pengarah Jangkitan Klinikal UKHSA, Dr Meera Chand, berkata walaupun data menunjukkan penurunan kes baharu, orang ramai digesa tidak leka.
Awal bulan ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan cacar monyet sebagai “kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa” iaitu tahap amaran tertinggi.
