Kes baharu Malaysia 3,300

PUTRAJAYA 26 Julai – Jangkitan kes baharu Covid-19 menunjukkan peningkatan kepada 3,300 semalam (Isnin) termasuk dua kes import berbanding 2,720 kes pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 4.654 juta kes.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sembilan kematian dilaporkan termasuk tiga kes melibatkan kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID) yang membawa kepada jumlah keseluruhan 35,923.

Kes aktif Covid-19 dalam negara mencatatkan penurunan sebanyak 1,936 kes dengan jumlah terkini 46,316 kes di mana 96.6 peratus daripada kes aktif atau 44,732 sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sebanyak 1,512 kes dirawat di hospital dengan 51 kini ditempatkan di wad ICU,

28 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan manakala jumlah kes sembuh pula 5,227.

Sementara itu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendahului dengan merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 1,060 berbanding 240 kelmarin.

Ini diikuti Selangor yang merekodkan 943 berbanding 989 kelmarin, diikuti Perak 210 (253), Sabah 203 (226), Pulau Pinang 172 (236), Kedah 145 (101), Johor 109 (111) Negeri Sembilan 105 (215) dan Melaka 102 (131).

Di bawah 100 kes pula adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya 77 (55), Kelantan 55 (49), Sarawak 36 (41), Terengganu 35 (24), Pahang 35 (38), Wilayah Persekutuan Labuan 7 (5) dan Perlis 6 (6).

Related posts

Leave a Comment