Biden semakin sembuh

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden kini berada dalam keadaan lebih baik selepas dijangkiti Covid-19 beberapa hari lalu.

Walaupun suaranya masih serak dan mengalami hidung tersumbat, Biden yang muncul kali pertama  sejak dijangkiti Jumaat lalu semakin sembuh.

Biden memaklumkan Rumah Putih akan mengadakan persidangan bagi membincangkan pembangunan generasi baharu vaksin Covid-19 yang boleh melindungi dengan lebih berkesan terutamanya terhadap varian yang lebih cepat menular.

Selepas satu sidang maya berkenaan pembuatan cip komputer semalam, Biden menjelaskan ujian perubatan ketika ini dapat dilakukan dengan pantas susulan kemajuan teknologi ketika ini.

Secara berseloroh, Biden berkata keadaan kesihatannya semakin baik setiap hari.

Related posts

Leave a Comment