UAE catat tiga kes cacar monyet

EMIRIYAH  Arab Bersatu (UAE) setakat ini merekodkan 16 kes jangkitan cacar monyet selepas Kementerian Kesihatan (MoH) mengesahkan tiga lagi kes dijangkiti wabak itu semalam (Ahad).

Kes pertama yang direkodkan sebelum ini adalah pada 24 Mei lalu.

Pihak berkuasa kesihatan sedang mengambil semua langkah perlu termasuk “menjalankan siasatan, pemeriksaan terhadap kontak rapat dan tindakan susulan,”

Dalam satu kenyataan, Kementerian itu menasihatkan masyarakat mematuhi langkah pencegahan dan berhati-hati ketika melancong atau menghadiri sebarang perhimpunan.

Peningkatan kes di seluruh dunia direkodkan pada Mei, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 23 Julai mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global, iaitu tahap amaran tertinggi bagi sesuatu penyakit.

Related posts

Leave a Comment