Vaksinasi bantu hapus cacar monyet

WASHINGTON: Vaksinasi dan rawatan segera dapat membantu menghapuskan cacar monyet di Amerika Syarikat (AS).

Penyelaras tindak balas coronavirus Rumah Putih, Dr Ashish Jha, berkata pihaknya yakin jangkitan itu boleh dibendung secara mutlak.

Katanya, Washington telah melakukan peningkatan yang sangat besar termasuk pemerolehan baru kira-kira 800,000 dos vaksin dari Denmark, sejak wabak dikesan di AS pada Mei, apabila stok vaksin cacar monyet adalah terhad.

“Rancangannya adalah untuk menghapuskan virus ini dari AS. Saya fikir kita boleh melakukannya,” katanya katanya dalam satu rancangan bual bicara CBS News ‘Face the Nation’.

Pusat wabak AS adalah New York City, di mana kebanyakan kes yang direkodkan adalah pada lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.

Related posts

Leave a Comment