Kes harian Malaysia turun

PUTRAJAYA 25 Julai – Kes harian Covid-19 di negara ini menunjukkan penurunan semalam apabila merekodkan 2,720 kes berbanding 4,816 kelmarin.

Menurut laman sesawang COVIDNOW, terdapat lima kes import dan dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 4,651,651.

Setakat ini terdapat 48,252 kes Covid-19 yang masih aktif di mana sebanyak 46,632 menjalani kuarantin di rumah

Turut dilaporkan tiga kematian yang menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19 adalah 35,914.

Sementara itu Selangor masih mendahului dengan merekodkan kes harian tertinggi tetapi menunjukkan penurunan iaitu 989 berbanding 2,249 kelmarin.

Ini diikuti Perak 253 berbanding 324 kelmarin, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 240 (1,031), Pulau Pinang 236 (186), Sabah 226 (243), Negeri Sembilan 215 (214), Melaka 131 (117), Johor 111 (85) dan Kedah 101 (115).

Sementara itu Wilayah Persekutuan Putrajaya 55 (65), Kelantan 49 (32), Sarawak 41 (53)Pahang 38 (56,), Terengganu 24 (19), Perlis 6 ( 9) dan Wilayah Persekutuan Labuan 5 (18).

Related posts

Leave a Comment