Kes harian Malaysia 4,816

PUTRAJAYA 24 Julai – Kes harian Covid-19 di negara ini kekal dalam lingkungan melebihi 4,000 iaitu 4,816 setakat semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,648,931.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, kes baharu itu membabitkan 4,814 kes penularan tempatan dengan dua kes lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sehingga kini terdapat 49,547 kes Covid-19 yang masih aktif dan daripada jumlah itu 96.7 peratus bersamaan 47,932 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah, manakala 1,535 kes atau 3.1 peratus sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Selain itu, 0.1 peratus iaitu 28 individu yang dijangkiti Covid-19 berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan dengan 21 individu berada dalam ICU tidak memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes kematian turut meningkat kepada 35,911 kes dengan pertambahan sembilan kes korban termasuk satu yang meninggal dunia diluar fasiliti kesihatan (BID).

Sehingga kini, negara sudah mencatatkan sebanyak 7,623 kes BID atau individu itu meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Dalam pada itu, mengenai kes sembuh daripada jangkitan berkenaan, data menunjukkan setakat semalam sebanyak 3,928 kes menjadikan sehingga kini sebanyak 4,563,473 kes pulih sepenuhnya.

Sementara itu Selangor masih mendahului dengan merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,249 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,031, Perak 324, Sabah 243, Negeri Sembilan 214, Pulau Pinang 186, Melaka 117 dan Kedah 115.

Johor 85, Wilayah Persekutuan Putrajaya 65, Pahang 56, Sarawak 53, Kelantan 32, Terengganu 19, Wilayah Persekutuan Labuan 18 dan Perlis sembilan

Related posts

Leave a Comment