Akta anti-hendap intip tahun ini

SHAH ALAM 22 Julai – Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan jenayah intip dan hendap, dikenali sebagai ‘anti-stalking law’ dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Mas Ermieyati Samsudin, RUU tersebut kini di peringkat perincian terakhir di Jabatan Peguam Negara.

Katanya, satu taklimat berkaitan RUU itu bersama ahli-ahli Parlimen serta Senator akan diadakan pada minggu depan.

“Kita akan berikan pemakluman dan status terkini juga dengan semua pemegang taruh yang terlibat. Ia dilihat seiring dengan RUU Anti Seksual,” katanya selepas Persidangan Meja Bulat Wanita Bangkit 2022, di sini, hari ini.

Beliau berkata RUU yang bakal diperkenalkan itu dijangka mampu melindungi mangsa khususnya wanita, daripada gangguan secara realiti atau dalam talian.

“Dengan lulusnya RRU ini, ramai mangsa akan berani tampil ke hadapan selain ini hadiah buat mereka. Ini adalah sebahagian isu keselamatan yang kita boleh beri harapan kepada mangsa,” katanya.

Katanya, hasil daripada persidangan meja bulat yang berlangsung hari ini turut menggesa agar RUU berkaitan jenayah intip dan hendap itu dipercepatkan.

Related posts

Leave a Comment