Pasport Jepun paling diiktiraf dunia

PASPORT Jepun disenaraikan sebagai pasport pertama paling diiktiraf di dunia dengan memberikan akses bebas visa ke 193 destinasi.

Ini diikuti Korea Selatan dan Singapura dunia, dengan membolehkan kemasukan bebas visa ke 192 destinasi.

Manakala Jerman yang berkongsi kedudukan sama dengan Korea Selatan di tangga kedua tahun lalu – jatuh ke tempat ketiga tahun ini.

Demikian dapatan terbaru Indeks Pasport Henley, berdasarkan data eksklusif dan rasmi oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Menurut kenyataan media Henley & Partners pada Selasa lalu, pada Oktober lalu, Singapura dan Jepun seri di tempat pertama, dengan kedua-duanya membolehkan pemegang pasport melawat 192 destinasi secara bebas visa.

Henley & Partners juga menyatakan pemegang pasport Rusia “jauh lebih terputus dari negara-negara lain di seluruh dunia berbanding sebelumnya”.

Sekatan, larangan perjalanan dan penutupan ruang udara mengehadkan warga Rusia daripada melawat hampir kesemua destinasi di rantau Asia serta Timur Tengah.

Pasport Rusia menduduki tempat ke-50 dalam indeks tersebut, dengan pungutan mata bagi bebas visa atau ketibaan bebas visa sebanyak 119 manakala pasport Ukraine di kedudukan ke-35, dengan 144 destinasi.

Related posts

Leave a Comment