Rokok: Penguatkuasaan lebih ‘dahsyat’

KUALA LUMPUR 21 Julai – “Julai hingga Disember lagi hebat dan dahsyat!,” Itu ingatan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berhubung penguatkuasaan terhadap peraturan larangan merokok di tempat awam.

Menurut Khairy, Kementerian Kesihatan mengeluarkan sebanyak 30,311 notis Seksyen 32B di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT) dari Januari sehingga Jun lalu.

Katanya , jumlah itu meningkat berbanding keseluruhan jumlah notis yang dikeluarkan pada tahun lalu iaitu sebanyak 15,163 notis.

Dalam ciapan di akaun Twitter miliknya, hari ini, beliau memberitahu pada 2020 sebanyak 34,338 notis dikeluarkan manakala pada tahun 2019 (50,946 notis) dan 2018 (57,258 notis).

“Tahniah kepada penguatkuasa Sektor Inspektorat dan Perundangan (SIP) Kementerian Kesihatan (KKM).

“Setakat Jun (enam bulan pertama) tahun 2022 merupakan tahun paling banyak penguatkuasaan dilaksanakan terhadap peraturan larangan merokok di tempat awam.

“Insya-Allah Julai hingga Disember lagi hebat dan dahsyat!,” katanya

 

Related posts

Leave a Comment