Sunak mendahului undi sokongan

LONDON: Undian pertama memilih calon Perdana Menteri Britain menyaksikan bekas Menteri Kewangan, Rishi Sunak memperoleh sokongan tertinggi daripada kalangan Ahli Parlimen Konservatif yang menawarkan diri.

Sunak yang bertanggungjawab di atas pengunduran Johnson memperoleh 88 undian manakala dua lagi calon Nadhim Zahawi dan bekas Menteri Luar, Jeremy Hunt disingkirkan selepas gagal memperoleh 30 undi minimum.

Dua lagi calon ialah Menteri Perdagangan, Penny Mordaunt yang menerima 67 undi, sementara Menteri Luar, Liz Truss, 50 undi.

Turut kekal dalam persaingan bagi jawatan nombor satu itu adalah bekas Menteri Kabinet dan Peguam Negara, Suella Braverman, serta Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara, Tom Tugendhat.

Pengundian kedua berlangsung pada Khamis sementara pusingan akhir pengundian adalah pada 21 Julai ini.

Perdana Menteri baharu dijangka diumumkan pada 5 September ini.

Related posts

Leave a Comment