Musim baharu umrah 30 Julai

JEDDAH: Permohonan visa bagi jemaah asing untuk menunaikan ibadah umrah dan menziarahi Masjid Nabawi akan dibuka mulai Khamis, menjelang musim baharu umrah yang dijangka bermula pada 1 Muharram 1444 bersamaan 30 Julai 2022.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan, umrah bagi jemaah domestik dan asing akan bermula pada tarikh yang sama. 

Permit juga boleh diberikan kepada jemaah domestik menerusi aplikasi Eatmarna.

Syarat-syarat bagi kelayakan ejen asing untuk menyediakan khidmat bagi jemaah Umrah dan pengunjung Masjid Nabawi termasuk mengirimkan permintaan kelayakan menerusi portal Kementerian Haji dan Umrah di pautan kementerian.

Mereka juga harus mematuhi undang-undang dan syarat-syarat yang tertera di portal tersebut, sekali gus menyertakan dokumen dan data berhubung kait pendaftaran komersil; keanggotaan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) serta maklumat peribadi. 

Kementerian Haji dan Umrah juga sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menetapkan langkah-langkah pencegahan kesihatan bagi melindungi diri terhadap koronavirus, termasuk menerima suntikan vaksin yang diluluskan Kerajaan; menyertakan sijil vaksinasi yang diluluskan oleh pihak berkuasa negara asal jemaah selain pengisytiharan kebenaran maklumat yang diserahkan. 

Related posts

Leave a Comment