7,356,445 terima dos penggalak

PUTRAJAYA 7 Jan. – Sebanyak 245,370 dos penggalak diberikan sehingga malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan penerima dos itu setakat ini meningkat kepada 7,356,445 orang atau 31.4 peratus daripada populasi keseluruhan.

Dalam tempoh yang sama, hampir 100 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi apabila 22,876,224 individu atau 97.7 peratus daripada populasi dewasa  telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Manakala 98.9 peratus atau 23,162,767 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, setakat 11.59 malam tadi, sebanyak 78.5 peratus atau 25,640,011 daripada populasi keseluruhan lengkap divaksinasi.

Sebanyak 79.7 peratus pula atau 26,016,893 daripada populasi keseluruhan mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,763,787 individu atau 87.8 peratus daripada mereka telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,854,126 individu atau 90.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, sejumlah 252,817 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,898 dos pertama, 4,549 dos lengkap dan 245,370 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 58,812,436 dos dengan 7,356,445 daripadanya adalah dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment