Saudi hadiahkan 1 juta naskhah al-Quran

MAKKAH: Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi semalam Isnin (11 Julai) mula mengagihkan sejuta naskhah al-Quran sebagai hadiah daripada Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Hadiah itu disampaikan kepada jemaah yang meninggalkan negara itu menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah dan Pelabuhan Laut Islam, serta pusat-pusat darat dan udara yang lain. 

Turut diberikan hadiah itu adalah kepada pegawai kerajaan yang bertugas sepanjang musim Haji tahun ini.

Dalam satu pengumuman, kementerian tersebut menyatakan hadiah tersebut yang merupakan sebahagian daripada pelaksanaan  arahan kerajaan untuk terus menjaga kitab suci Islam, diterbitkan di Kompleks Percetakan Raja Fahd di Madinah dalam pelbagai saiz dan terjemahan dalam 76 bahasa antarabangsa. 

Sementara itu Presiden Haramain, Sheikh Abdul Rahman Sudais turut mengucapkan selamat jalan kepada jemaah dengan menyampaikan cenderahati kepada mereka sama seperti ketika menyambut ketibaan.

(Foto Haramain Sharifain).

Related posts

Leave a Comment