Dijangka lebih ramai jemaah tahun depan

ARAFAT: Lebih ramai jemaah akan menunaikan ibadah Haji pada tahun depan berikutan jangkaan keadaan kesihatan akan bertambah baik, kata Menteri Kesihatan Arab Saudi Fahd Al-Jalajel.

“Pihak kementerian mempunyai perancangan awal bagi Haji setiap tahun dan tahun ini, senario yang dijangkakan sudah ditetapkan lebih awal, dengan mengambil kira ancaman kesihatan, situasi semasa pandemik dan ketibaan vaksin.” katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancaranya bersama stesen televisyen Al-Arabiya.

Menurut Al-Jalajel, Arab Saudi sudah melakar perancangan awal bagi melindungi kesihatan jemaah, sambil menekankan bahawa status kesihatan jemaah sangat memberangsangkan. 

Menurut beliau lagi, hanya tiga kes strok matahari dicatatkan dalam kalangan jemaah. 

“Kes strok matahari yang dilaporkan pada Hari Arafah tidak tinggi dan jumlah kes di unit rawatan rapi (ICU) sangat rendah. 

“Pematuhan kepada protokol kesihatan dan meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan payung amat membantu,” kata Al-Jalajel.

Menurutnya lagi, tahun ini adalah pengalaman yang luar biasa bagi para jemaah memandangkan pandemik koronavirus masih wujud. 

Selain pandemik, ancaman kesihatan lain turut diambil kira seperti strok matahari, tekanan dan keletihan, terutama sekali pada musim panas, serta penyakit epidemik seperti cacar monyet. 

Related posts

Leave a Comment