9 sekolah terlibat banjir Baling

PUTRAJAYA 5 Julai – Sebanyak sembilan buah sekolah di daerah Baling, Kedah terjejas akibat banjir yang melanda di kawasan itu sejak petang, semalam.

Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin berkata, berikutan situasi itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah diminta bersiap sedia dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Ini termasuk membuka sekolah untuk dijadikan pusat penempatan sementara (PPS) mangsa banjir.

Saya akan terus mengikuti perkembangan situasi ini dan memastikan kebajikan warga pendidikan yang terkesan diberikan perhatian.

“Sama-sama kita doakan semoga banjir tidak berlarutan dan usaha membantu serta menyelamatkan penduduk terlibat dipermudahkan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Related posts

Leave a Comment