Kadar tarif elektrik, air kekal

PUTRAJAYA 24 Jun – Kerajaan hari ini memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung.

Ini bermakna kadar elektrik dan air kekal seperti sekarang.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata dengan keputusan itu kerajaan bagaimanapun terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion.

Langkah itu, katanya, perlu dibuat di tengah-tengah berlakunya peningkatan kos bahan api dan kos penjanaan lain.

Sebelum ini terdapat laporan mengenai kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana kos penjanaan elektrik meningkat dengan mendadak dan pantas tetapi keperluan golongan tertentu harus dipertimbangkan.

Kenaikan tarif tidak dapat dielakkan disebabkan oleh permintaan tenaga melonjak, gangguan bekalan bahan api serta kekurangan minyak, gas dan arang batu yang semakin meningkat di peringkat global telah menyebabkan harga tenaga global melambung tinggi.

Di peringkat serantau, Singapura, Indonesia, India dan Australia telah menyemak semula tarif sebagai tindak balas kepada ketidaktentuan dalam pasaran tenaga, perang di Ukraine, loji arang batu yang sudah berusia, sekatan perjalanan akibat Covid-19 dan musim sejuk semuanya adalah faktor kepada permintaan yang lebih tinggi untuk tenaga dan Malaysia turut terkesan daripada situasi yang berpanjangan itu.

Related posts

Leave a Comment