Kadar tarif elektrik, air kekal

PUTRAJAYA 24 Jun – Kerajaan hari ini memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung. Ini bermakna kadar elektrik dan air kekal seperti sekarang. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata dengan keputusan itu kerajaan bagaimanapun terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion. Langkah itu, katanya, perlu dibuat di tengah-tengah berlakunya peningkatan kos bahan api dan kos penjanaan lain. Sebelum ini terdapat laporan mengenai kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana kos penjanaan elektrik meningkat dengan mendadak dan pantas tetapi keperluan golongan tertentu harus dipertimbangkan. Kenaikan tarif tidak…

Read More

Harga ayam tidak diapungkan

PUTRAJAYA 24 Jun – Kerajaan memutuskan harga ayam di pasaran negara tidak akan diapungkan dan harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, keputusan itu adalah keprihatinan kerajaan supaya rakyat tidak dibebani tekanan berpunca kenaikan kos sara hidup ketika ini. “Keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ismail Sabri sebelum ini mengumumkan bahawa kerajaan tidak lagi akan memberikan subsidi kepada…

Read More

Siapa mahu bertanding di Pulai?

JOHOR BAHRU 24 Jun – Khairy Jamaluddin, Wee Ka Siong dan Nazri Aziz dipelawa bertanding di kerusi Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berikutan pendirian Nur Jazlan Mohamed untuk tidak bertanding di kawasan itu. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Johor itu, mengulangi pendirian untuk melepas dan tidak bertanding di kerusi Parlimen Pulai selepas tiga penggal mewakili kawasan itu dan tewas pada PRU lalu. Beliau berkata, pendirian tegas itu dibuat selepas analisis yang jelas berhubung keputusan dan statistik pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dua bulan lepas…

Read More

Kes harian Covid-19 meningkat

PUTRAJAYA 24 Jun – Kes harian Covid-19 menunjukkan peningkatan semalam dengan merekodkan 2,769 kes berbanding 2,425 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,549,820. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 209 kes import direkodkan iaitu 200 di Selangor, diikuti Perak (3), dan masing-masing satu kes di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Satu lagi kes meninggal dunia dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 35,742 kematian setakat semalam. Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal COVIDNOW, terdapat 27,318 kes aktif dengan 26,253 sedang menjalani kuarantin di rumah.…

Read More

Duta gugur jawatan ahli MKT UMNO

KUALA LUMPUR 24 Jun – Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman digugurkan daripada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Menurut surat UMNO yang tular, pengguguran Tajuddin sudah dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan melalui surat yang dikeluarkan Selasa lalu. Keputusan untuk menggugurkan mana-mana ahli MKT atau melantik ahli MKT baharu adalah di bawah kuasa presiden parti. Tajuddin adalah Ahli MKT UMNO yang dilantik oleh Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini. Beliau tewas dalam merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada Pemilihan UMNO 2018 lalu, sebelum dilantik ke beberapa…

Read More