Kes harian Covid-19 meningkat

PUTRAJAYA 24 Jun – Kes harian Covid-19 menunjukkan peningkatan semalam dengan merekodkan 2,769 kes berbanding 2,425 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,549,820.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 209 kes import direkodkan iaitu 200 di Selangor, diikuti Perak (3), dan masing-masing satu kes di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Satu lagi kes meninggal dunia dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 35,742 kematian setakat semalam.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal COVIDNOW, terdapat 27,318 kes aktif dengan 26,253 sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sementara itu Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 930 berbanding 1,055 kelmarin diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 843 (515), Pulau Pinang 203 (148), Negeri Sembilan 156 (87), Sabah 137 (125), Perak 123 (113), dan Melaka 109 (57).

Kes terendah pula direkodkan Wilayah Persekutuan Labuan yang mencatatkan tiga kes berbanding satu kelmarin sementara Perlis kekal enam kes manakala Terengganu lapan berbanding 17.

Related posts

Leave a Comment