Covid-19 : Kes harian terkini 1,571

PUTRAJAYA 13 Jun – Jangkitan baharu Covid-19 turun semalam dengan merekodkan 1,571 kes berbanding 1,709 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,526,298.

Menurut data di portal COVIDNOW, ia membabitkan 1,570 penularan dalam negara dengan satu kes import.

Terdapat pertambahan satu kematian semalam menjadikan jumlah keseluruhan 35,712 dengan kes aktif ketika ini sebanyak 22,395 kes di mana 95.4 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah manakala hanya 18 individu ditempatkan di PKRC.

Seramai 976 dirawat di hospital dengan 26 ditempatkan di unit rawatan rapi ICU dan 15 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu Selangor terus merekodkan kes baharu paling tinggi dengan 714 kes berbanding 660 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu sebanyak 1,374,792.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 221 berbanding 411 kelmarin dan Pulau Pinang 133 berbanding 131 kelmarin.

Perak merekodkan 106 berbanding 122 kelmarin, Negeri Sembilan 84 (89), Sabah 58 (38), Melaka 55 (48), Johor 55 (43), Sarawak 40 (35), Kedah 28 (30), Pahang 24 (27), Terengganu 20 (6), Wilayah Persekutuan Putrajaya 15 (52),

Kelantan mencatatkan 9 kes berbanding 10 kes kelmarin manakala Perlis 5 (7) dan Wilayah Persekutuan Labuan 4 (0).

Related posts

Leave a Comment