1,237,464 kanak-kanak kengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 13 Jun – Sebanyak 5,774 lagi kanak-kanak tampil mendapatkan dos  kedua semalam menjadikan 1,237,464 atau 34.9 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini sudah lengkap divaksin setakat semalam.

Di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) itu juga, sejumlah 1,734,810 atau 48.9 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin termasuk 295 orang semalam.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW juga, sebanyak 2,912,754 atau 93.6 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun sudah menerima dua dos vaksin, manakala 3,005,590 atau 96.6 peratus  menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 645 orang dewasa mendapatkan dos penggalak semalam menjadikan jumlah keseluruhan 16,117,584 atau 68.5 peratus mendapatkan dos berkenaan.

Di samping itu, 257 lagi mendapatkan dos kedua yang membawa kepada jumlah keseluruhan 22,992,619 atau 97.7 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,269,787 atau 98.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 7,387 dos harian diberikan semalam meliputi 422 dos pertama, 6,320 dos kedua dan 645 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 71,055,986.

Related posts

Leave a Comment