Kes harian catat peningkatan

PUTRAJAYA 10 Jun – Jumlah kes harian Covid-19 semalam menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 1,887 kes berbanding 1,518 kelmarin dan 1,128 pada hari sebelumnya.

Daripada jumlah kes baharu itu, lapan adalah kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,520,852.

Tiga lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 35,708 meninggal dunia.

Menurut data di portal COVIDNOW, jumlah kes aktif pula sebanyak 22,074 di mana 21,074 sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sementara itu Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 776 kes berbanding 564 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 1,372,500 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 371 (390) dan Perak 143 (59).

Negeri Sembilan merekodkan 89 kes berbanding 65 kelmarin diikuti Pulau Pinang 84  (89), Wilayah Persekutuan Putrajaya 80 (16), Sabah 67 (65), Sarawak 65 (60),

Johor 56 (57), Kedah 43 (52), Melaka 46 (38), Pahang 25 (12), Kelantan 24 (26), Terengganu 10 (17), Perlis 7 (6) dan Wilayah Persekutuan Labuan 1 (2).

Related posts

Leave a Comment