ALOR SETAR 10 Jun – Penceramah bebas, Muhd. Zainul Asri Mohd. Romli menghentikan semua kuliah agamanya sementara waktu susulan polemik kenyataan beliau berkaitan isu perpindahan roh atau reinkarnasi baru-baru ini. Muhd. Zainul Asri membuat pengumuman itu secara langsung di Facebook miliknya sebelum mengakhiri kuliah Pengajian Asma Ul Husna di Pondok Darsa pagi ini. Sambil sekali lagi melafazkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam ekoran isu berkenaan, beliau menyatakan penangguhan kuliah itu melibatkan secara maya dan di luar pondok berkenaan. Difahamkan, Muhd. Zainul Asri mengadakan pertemuan dengan pihak Jabatan…
Read MoreDay: June 10, 2022
Berita pilihan….
HFMD di Sabah turun
KOTA KINABALU 10 Jun – Situasi semasa jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sabah menunjukkan penurunan 27.17 peratus pada minggu epidemiologi ke-22 bermula 29 Mei hingga 4 Jun lalu. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Rose Nani Mudin, berkata sepanjang minggu epidemiologi ke-22, sebanyak 528 kes HFMD dilaporkan berbanding 725 kes pada minggu epidemiologi ke-21. Katanya, secara kumulatif, kes HFMD di Sabah sehingga minggu epidemiologi ke-22 ialah sebanyak 4,604 kes dengan 4,224 kes atau 91 peratus daripadanya adalah kes HFMD membabitkan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah.…
Read MoreKes harian catat peningkatan
PUTRAJAYA 10 Jun – Jumlah kes harian Covid-19 semalam menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 1,887 kes berbanding 1,518 kelmarin dan 1,128 pada hari sebelumnya. Daripada jumlah kes baharu itu, lapan adalah kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,520,852. Tiga lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 35,708 meninggal dunia. Menurut data di portal COVIDNOW, jumlah kes aktif pula sebanyak 22,074 di mana 21,074 sedang menjalani kuarantin di rumah. Sementara itu Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 776 kes berbanding 564 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 1,372,500 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur…
Read More