34.0 % kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 8 Jun – Sebanyak 2,842 lagi kanak-kanak melengkapkan vaksinasi mereka semalam menjadikan 1,206,179 atau 34.0 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin.

Sebanyak 220 lagi mendapat dos pertama yang membawa kepada 1,733,566 atau 48.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Menurut data laman COVIDNOW, sepanjang semalam, sebanyak 390 remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima dua dos vaksin menjadikan jumlah individu melengkapkan vaksinasi sebanyak 2,913,983.

Pada masa yang sama 54 orang tampil mendapatkan dos pertama vaksin Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 3,008,534 atau 96.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu 1,768 orang telah mendapatkan dos penggalak semalam menjadikan 16,109,012 atau 68.5 peratus sudah mendapatkan dos itu.

Bagi kumpulan dewasa juga, setakat semalam, sebanyak 22,983,258 atau 97.7 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,260,152 atau 98.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 5,781 dos vaksin harian diberikan iaitu 409 dos pertama, 3,604 dos kedua dan 1,768 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 71,000,224 dos.

Related posts

Leave a Comment