Sempadan Kemboja Thailand bergolak

BANGKOK – Polis Thailand melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah ke arah orang awam Kemboja di kawasan sempadan yang menjadi pertikaian, insiden paling ketara sejak gencatan senjata diisytiharkan.

Pihak berkuasa Kemboja.mendakwa sekurang-kurangnya 23 rakyatnya cedera dalam pertempuran itu, manakala tentera Thailand pula memaklumkan beberapa pegawainya turut cedera, tanpa menyatakan jumlah sebenar.

Pertembungan itu berlaku di kawasan penempatan sempadan yang menjadi pertikaian dalam konflik berdarah selama lima hari pada Julai lalu.

Thailand mendakwa kawasan itu adalah sebahagian daripada kampung Ban Nong Ya Kaew di wilayah Sa Kaeo, sementara Kemboja pula menegaskan ia adalah sebahagian daripada kampung Prey Chan di wilayah Bantheay Meanchey.

Bulan lalu, pihak berkuasa Thailand telah memasang pagar dawai berduri di kawasan tersebut, yang telah mencetuskan bantahan daripada orang awam kedua-dua negara sejak beberapa minggu lalu.

Lebih seabad, Thailand dan Kemboja bertelingkah mengenai kedaulatan di beberapa titik sempadan darat mereka yang tidak ditanda, sepanjang 817 kilometer. Sempadan ini pertama kali dipetakan oleh Perancis pada tahun 1907.

Semalam Menteri Penerangan Kemboja, Neth Pheaktra, menuduh pegawai Thailand menceroboh sempadan dan menggunakan gas pemedih mata, peluru getah, dan alat penghasil bunyi terhadap orang awam Kemboja.

Tentera Thailand dalam satu kenyataan berkata, penggunaan kekerasan itu adalah sebagai tindak balas kepada provokasi daripada kira-kira 200 penunjuk perasaan Kemboja yang ada membaling kayu dan batu serta menggunakan lastik ke arah pegawai Thailand, sehingga menyebabkan kecederaan.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment