Andalusia tawar diskaun sehingga RM500

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Mulai hari ini, Jumaat 5 September 2025, Andalusia Travel and Tour Sdn. Bhd. (Andalusia) menawarkan diskaun sehingga RM500 bagi pakej umrah dan pelancongan sempena MATTA Fair.

Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, promosi istimewa tiga hari itu akan berlangsung sehingga 7 September ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia, (MITEC).

“Datanglah beramai-ramai bukan sahaja untuk mendapatkan diskaun sehingga RM500 tetapi juga berpeluang memenangi ribuan hadiah cabutan bertuah termasuk telefon pintar Samsung Galaxy terkini serta tiket penerbangan,” katanya.

Untuk MATTA kali ini, pengendali haji dan umrah ternama itu menyediakan 100 petugas yang akan melayani pengunjung di reruai atau booth di tingkat 1 (1P46), Tingkat 2 (2F13) dan Tingkat 3 (3U13), dibuka mulai pukul 9 pagi hingga 10 malam.

Reruai atau booth Andalusia pengendali haji dan umrah ternama itu ditempatkan di tingkat 1 (1P46), Tingkat 2 (2F13) dan Tingkat 3 (3U13) yang dibuka mulai pukul 9 pagi hingga 10 malam.

Bagaimanapun, kata Ida Riswana bagi yang tidak berkesempatan mengunjungi MATTA Fair ini, mereka juga berpeluang mendapatkan promosi istimewa ini dengan mengunjungi mana-mana 64 cawangan Andalusia.

“Mereka juga boleh mendapatkan promosi istimewa itu dengan menghubungi 1,700 orang pegawai pemasaran Andalusia di seluruh negara,” katanya.

Justeru beliau berharap orang ramai khususnya yang ingin menunaikan umrah dan melancong ke destinasi pilihan dapat mengambil peluang istimewa ini yang tidak ditawarkan pada hari-hari biasa tempahan.

Di samping itu juga, Andalusia melalui  akhbar AndalusiaKu turut mempromosikan pakej popular iaitu semasa musim cuti sekolah dan sepanjang Ramadan di samping promosi umrah musim 1448H yang bermula Jun 2026.

Pengunjung juga berpeluang mendapatkan cenderamata Andalusia serta menikmati kurma dan biskut di reruai yang disediakan.

Sementara itu sempena MATTA Fair ini juga, cabutan Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) akan memilih pemenang dalam kalangan penonton live on line (TikTok Jimba Andalusia) pada 7 September ini bermula pukul 8 malam.

Orang ramai bolehlah mendaftar di www.jimba.com.my untuk berpeluang mendapatkan hadiah pakej umrah jarak dekat bernilai RM9,390.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment