Pfizer-BioNTech bagi kanak-kanak

VAKSIN Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech adalah selamat dan berkesan kepada kanak-kanak enam bulan hingga umur bawah lima tahun, dengan pemberian tiga dos.

Menurut laporan dikeluarkan syarikat berkenaan, ia berdasarkan ujian klinikal terbaharu yang mendapati keberkesanan vaksin bagi tiga dos adalah pada kadar 80.3 peratus.

Laporan ini didedahkan ketika Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) dijadual berbincang mengenai kelulusan vaksin kepada kumpulan umur kanak-kanak paling muda.

Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla memaklumkan formulasi kepada kanak-kanak paling muda menunjukkan tindak balas imun lebih kuat.

Ia kini akan melengkapkan permohonan kepada pihak kawal selia global, bagi membolehkan vaksin ini tersedia secepat mungkin.

Berdasarkan data baharu, 1,678 kanak-kanak menerima dos ketiga atau penggalak dua bulan selepas dos kedua.

Analisis klinikal mendapati, kadar antibodi meningkat sama seperti individu dewasa yang menerima dua dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment