2.56 bilion dos vaksin didaftar

LEBIH 2.56 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Ahad, 19 Jun, demikian menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan 990 juta dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti Amerika Syarikat (AS) sebanyak 316 juta dos dan India dengan 272 juta dos vaksin.

Negara yang mencatat jumlah melebihi 80 juta dos vaksin adalah Brazil dan melebihi 70 juta dos, United Kingdom (UK).

Jerman merekodkan 65 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 46 juta dan 45 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 34 juta, diikuti Filipina dan Thailand melebihi 7 juta dos, Malaysia di tangga keempat dengan lebih 5 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan 4.6 juta dos vaksin didaftarkan.

Related posts

Leave a Comment