LRT3 : Guan Eng, Tony Pua beri penjelasan

KUALA LUMPUR 2 Julai – Beberapa peningkatan dan penambahbaikan dilaksanakan bagi projek Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam  bagi membolehkan kerajaan mendapat penjimatan kos projek awal. Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, berkata, kos projek awal LRT3 adalah melebihi RM9.72 bilion dengan harga akhir RM21.93 bilion berbanding harga asal RM31.65 bilion yang diluluskan. Hasil daripada beban hutang projek yang lebih rendah, kerajaan dijangka dapat menjimatkan sehingga RM10 bilion lagi dalam kos faedah sepanjang tempoh 25 hingga 30 tahun. Dalam kenyataan…

Read More

AS mahu bina kedutaan di Baitulmuqaddis

BAITULMUQADDIS – Amerika Syarikat (AS) menandatangani perjanjian untuk membina bangunan baharu kedutaan AS di sini, yang disifatkan Israel satu langkah  mencerminkan ‘pakatan yang tidak boleh dipisahkan’ antara kedua-dua negara. Pada penggal pertama pentadbiran, Presiden AS, Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel pada Disember 2017 dan mengarahkan pemindahan misi diplomatik Washington dari Tel Aviv. Bagaimanapun, perkhidmatan kedutaan terus beroperasi di beberapa lokasi di Baitulmaqdis sementara tapak kekal yang sesuai dikenal pasti. Duta Besar AS ke Israel, Mike Huckabee, berkata pada majlis menandatangani perjanjian di Kementerian Luar Israel, Washington mengiktiraf…

Read More

Penjaga gol Palestin terbunuh

ATLANTA – Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) melaporkan penjaga gol Saleem Al-Ashqar terbunuh awal minggu ini di Gaza dalam serangan tentera Israel. Al-Ashqar dilaporkan terbunuh akibat tembakan yang dilepaskan oleh tentera pendudukan Israel. Menurut persatuan itu, beliau merupakan antara ratusan penggiat sukan Palestin yang terkorban, termasuk lebih 1,000 atlet Palestin, sejak Oktober 2023. Al-Ashqar mendirikan rumah tangga lima bulan lalu dan isterinya kini sedang hamil anak pertama mereka. Pemergiannya mencetuskan gelombang kesedihan dalam kalangan ahli keluarga, rakan sepasukan serta komuniti sukan Palestin dan antarabangsa. Sementara itu, kelab bola sepak Chile,…

Read More