PUTRAJAYA 11 Mei – Sebanyak enam kematian akibat jangkitan Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 35,590 kes, daripada 4.46 juta kes positif yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiga kes kematian berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).
Enam kes kematian baharu yang direkodkan itu adalah dua di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan masing-masing satu kes di Selangor, Perlis, Kedah dan Johor.
Sementara itu, terdapat pertambahan 2,601 kes baharu direkodkan dengan kes aktif Covid-19 seluruh negara ketika ini adalah sebanyak 22,953.
Daripada jumlah itu, 21,612 individu atau 94.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah, 24 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,250 kes dirawat di hospital dan 67 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 38 pesakit memerlukan mesin ventilator.