Covid-19 : Lebih 1,700 maut

BEIJING: Jumlah kematian akibat wabak Covid-19 di China mencecah 1,765 orang pada harii ini  (Isnin 17 Februari) dengan wilayah Hubei, mencatatkan 100 lagi kematian serta lebih 1,900 kes baharu.

Secara keseluruhan, dianggarkan setakat pagi ini lebih 70,000 orang telah disahkan dijangkiti virus ini. Sesetengah laporan menyebut 70,400 dan ada juga yang melaporkan angka mencecah lebih 71,000.

Suruhanjaya kesihatan Hubei berkata jumlah kes di wilayah itu telah mencapai 58,182 pada Ahad, dengan sejumlah 1,696 kematian.

Jumlah kes baharu meningkat hampir 5 peratus daripada hari sebelumnya, tetapi jumlah kematian turun daripada 139 pada hari Sabtu.

Hampir 90 peratus daripada kes baru dikesan di ibu kota Wuhan, yang dipercayai tempat asal virus itu. Wuhan menyumbang kepada 71 peratus kes di Hubei, dan 77 peratus kematian.

Related posts

Leave a Comment