911,666 kanak-kanak lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 8 Mei – Sebanyak 911,666 atau 25.7 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web COVIDNOW, sepanjang semalam, seramai 16,356 kanak-kanak tampil melengkapkan vaksinasi masing-masing.

Dalam tempoh yang sama, seramai 4,561 kanak-kanak mendapatkan dos pertama mereka menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 1,546,751 atau 43.6 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,896,706 atau 93.1 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,994,219 atau 96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada masa sama, sejumlah 16,041,560 atau 68.2 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak berikutan 1,256 tampil mendapatkan dos itu.

Bagi kumpulan dewasa itu juga, sebanyak 22,967,973 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,243,935 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 23,115 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 4,848 dos pertama, 17,011 dos kedua dan 1,256 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,389,427.

Related posts

Leave a Comment