Kadar kebolehjangkitan 0.54

PUTRAJAYA 5 Mei – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun lagi kepada 0.54 berbanding 0.58 kelmarin.

Tiada negeri merekodkan kadar sama atau di bawah 0.54 dengan Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan kadar tertinggi iaitu 0.95 berbanding 0.98 kelmarin.

Ini diikuti Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing 0.77, Sabah 0.73 dan Melaka 0.71.

Sarawak merekodkan 0.69, Perak 0.68, Pahang 0.66 manakala Kedah, Negeri Sembilan dan Johor masing-masing 0.65 dan Selangor 0.61.

Sementara itu Terengganu merekodkan 14 kes, Kelantan 12 kes dan Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis masing-masing dua kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment