Perlis benarkan bersalam

ARAU 29 April – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) tiada halangan membenarkan jemaah solat, termasuk solat sunat Aidilfitri untuk bersalaman, mulai 1 Mei ini. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah, jemaah diminta mematuhi SOP seperti memakai pelitup dan hendaklah sentiasa mencuci atau membersihkan tangan. Dalam satu kenyataan, baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah, selain itu semua aktiviti pengimarahan seperti kuliah, ceramah termasuk jamuan makan juga dibenarkan,. Begitu juga dengan aktiviti sosial lain seperti majlis perkahwinan, jamuan, gotong royong, majlis berbuka puasa, iktikaf…

Read More

Kes jangkitan harian 2,935

PUTRAJAYA 29 April – Kes jangkitan harian Covid-19 menunjukkan penurunan semalam dengan merekodkan 2,935 berbanding 3,471 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,443,318 kes. Berdasarkan data pada laman web COVIDNOW, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak sembilan kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Dalam masa sama, sebanyak 7,585 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,354,006 kes. Selangor merekodkan kes baharu harian tertinggi dengan 1,215 kes dilaporkan, diikuti Kuala Lumpur (462 kes), Pulau Pinang (224 kes), Negeri Sembilan (193 kes),…

Read More

16 juta dapatkan dos penggalak

PUTRAJAYA 29 April – Sejumlah 806,532 atau 22.7 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Peningkatan itu berikutan 18,710 lagi kanak-kanak tampil mendapatkan dos pelengkap itu di seluruh negara semalam manakala 7,248 lagi mendapatkan dos pertama vaksin. Berdasarkan laman web COVIDNOW sejumlah 1,518,923 atau 42.8 peratus kanak-kanak dalam kumpulan ini menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula 2,892,051 atau 93 peratus sudah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,990,315 atau 96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya…

Read More

Itali kekal pelitup muka hingga 15 Jun

ITALI antara negara paling teruk dilanda Covid-19 mewajibkan pelitup muka kepada pengguna pengangkutan awam selain di beberapa tempat tertutup sehingga 15 Jun, Menteri Kesihatan Roberto Speranza berkata, pelitup muka masih diperlukan untuk memasuki pawagam, teater, acara dalaman dan hospital. Katanya, Itali menangguhkan penamatan sekatan pandemik dan berhati-hati dalam menarik balik langkah sekatan yang masih ada.. “Kami memutuskan untuk mengekalkannya buat sementara waktu, sekurang-kurangnya sehingga 15 Jun, langkah berhati-hati yang saya percaya ia perlu dilaksanakan,” kata Speranza. Kerajaan sebelum ini mengumumkan sijil kesihatan yang membuktikan vaksinasi atau pemulihan daripada coronavirus tidak…

Read More

Korea Selatan tarik balik pelitup muka

KOREA Selatan akan menarik balik arahan pemakaian pelitup muka di luar bangunan mulai minggu depan, langkah terbaharu negara itu untuk melonggarkan sekatan Covid-19, kata Perdana Menteri Kim Boo-kyum. Bagaimanapun orang ramai masih diwajibkan memakai pelitup muka pada majlis dihadiri 50 orang atau lebih, seperti di perhimpunan, konsert dan stadium. Langkah itu dibuat selepas dua minggu Korea Selatan membatalkan kebanyakan sekatan berkaitan wabak, termasuk perintah berkurung pada tengah malam di restoran dan perniagaan lain, pada 18 April. “Kami membuat kesimpulan bahawa kami tidak boleh lagi berpaling dari… kesulitan dialami rakyat yang…

Read More