Kadar kebolehjangkitan 0.86

PUTRAJAYA 18 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught atau Ro di seluruh negara semalam naik kepada 0.86 berbanding 0.85 kelmarin.

Selangor dan Negeri Sembilan merekodkan kadar tertinggi dengan masing-masing mencatatkan nilai 0.89.

Perak mencatatkan 0.85, Melaka dan Terengganu masing-masing 0.84, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.81, Johor 0.79, Pulau Pinang 0.75, Sabah 0.73,  Kedah 0.70, Sarawak 0.69, Pahang 0.68 dan Kelantan 0.65.

Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan 16 kes, Perlis 13 dan Wilayah Persekutuan Labuan empat kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment