Hanya satu kluster aktif di Sabah

KOTA KINABALU 14 April – Hanya satu kluster Covid-19 yang masih aktif di Sabah pada masa ini, kata jurucakap Covid-19 Sabah yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun.

Beliau berkata, perkembangan baharu itu susulan penamatan satu kluster iaitu Kluster Tolokoson Kem 2 di Tenom, semalam.

Masidi juga memberitahu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 158 kes positif baharu Covid-19 semalam , menjadikan jumlah kumulatif 369,557 kes, dengan satu kematian dilaporkan di Sipitang.

Peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi iaitu hampir 65 peratus pada Rabu sekali gus memperlihatkan bahawa risiko jangkitan masih tinggi khususnya di tempat awam yang sesak dengan orang ramai.

Justeru, beliau meminta masyarakat agar sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard yang dikuatkuasakan khususnya semasa mengunjungi gerai-gerai Ramadan.

Related posts

Leave a Comment