Kadar kebolehjangkitan kekal 0.84

PUTRAJAYA 13 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian untuk seluruh negara semalam, kekal 0.84 seperti kelmarin.

Bagaimanapun Selangor yang masih merekodkan kadar tertinggi mencatatkan 0.93 berbanding 0.92 kelmarin disusuli Negeri Sembilan 0.84 berbanding 0.86 kelmarin.

Perak pula kekal 0.82 diikuti Terengganu 0.81, Johor 0.80, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing 0.79 dan Melaka 0.78.

Sabah dengan kadar 0.75, Sarawak 0.74, Pulau Pinang dan Pahang masing-masing 0.73, Kedah dan Perlis masing-masing 0.69 dan Kelantan 0.63.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan 19 kes.

Related posts

Leave a Comment